Monday, May 3, 2010

Folio Sejarah - Elemen 2

SENARAI KANDUNGAN


Penghargaan 1
Objektif Kajian 2
Kaedah Kajian 3
Hasil Kajian 4
 Perayaan Tradisi 4
 Latar Belakang 5
 Persiapan Sambutan Perayaan 6
 Kesan Perayaan 9
Rumusan 11
Lampiran 12
Rujukan





PENGHARGAAN


Saya Brian Arvind A/L Chandran ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya, iaitu Encik Chandran A/L Engadasamy dan Puan V. Lilly Benjamine A/P J. Victor Rock yang telah banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada saya. Selain itu, saya berterima kasih kepada guru sejarah saya, Puan Norsiah Binti Bakri kerana telah memberi bimbingan serta tunjuk ajar untuk saya menyempurnakan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih juga ingin saya tujukan kepada Cik Julaila Binti Ariffin kerana telah menyediakan kemudahan untuk saya menyempurnakan tugasan ini. Tidak lupa juga, kawan saya, Mohamad Nurasyraf Bin Kamal Bahri dan Muhamad Azharul Azhar yang sudi berkerjasama dengan saya untuk membuat folio ini.











OBJEKTIF KAJIAN

Objektif bagi menjalankan Kerja Kursus Sejarah 21/2 ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu objektif am dan objektif khusus.
Objektif Am
 Objektif Am menjalankan kerja kursus ini adalah untuk mengenal pasti sumber sejarah yang sahih. Ini akan membantu saya membuat sebuah kajian ilmiah dengan tatacara yang betul.
Objektif Khusus
 Objektif khususnya, iaitu untuk mengenali perayaan di Malaysia dengan lebih terperinci lagi.
 Melalui kajian ini juga, saya dapat mengetahui tentang latar belakang, adat dan pantang larang tentang perayaan yang saya kaji.
 Kajian ini juga telah melahirkan rasa bangga terhadap Negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai.
 Saya juga dapat belajar menerapkan nilai patriotisme dalam khidupan seharian saya.
 Kajian ini juga merupakan syarat lulus matapelajaran Sejarah PMR.


KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperolehi maklumat yang diperlukan di dalam kajian ini.
Kaedah Lawatan Dan Pemerhatian
Kaedah ini telah digunakkan untuk mendapatkan maklumat tentang cara perayaan ini disambut.
Melayari Internet
Kaedah ini pula telah saya gunakan untuk mendapatkan maklumat tentang perayaan tersebut.
Kaedah Rujukan
Saya telah mencari dan membaca pelbagai jenis buku di Pusat Sumber Sekolah dan Perpustakaan Negara Malaysia mengenai pantang-larang perayaan ini.
Kaedah pandang Dan Dengar
Kaedah ini dilakukan untuk mengetahui serta menghayati asal usul perayaan ini.




HASIL KAJIAN
1. Perayaan Tradisi
Perayaan yang telah saya pilih ialah Tahun Baru Cina. Nama lain bagi perayaan ini ialah “Chun Jie”. Tahun baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Terdapat juga beberapa ucapan yang diucapkan semasa Tahun Baru Cina Contohnya, Selamat Tahun Baru Cina ( xinnian kuaile ), Gong xi fa cai dan Happy New Year (guo nian hao). Tahun baru Cina disambut oleh kaum Cina.
Tahun Baru Cina diraikan selama 15 hari. Tarikh Tahun Baru Cina memang tidak sama setiap tahun. Tarikh Tahun Baru Cina dari tahun 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, bersertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina.
Haiwan Tarikh
Tikus 19 Februari 1996 7 Februari 2008
Lembu 7 Februari 1997 26 Januari 2009
Harimau 28 Januari 1998 14 Februari 2010
Arnab 16 Februari 1999 3 Februari 2011
Naga 5 Februari 2000 23 Januari 2012
Ular 24 Januari 2001 10 Februari 2013
Kuda 12 Februari 2002 31 Januari 2014
Kambing 1 Februari 2003 19 Februari 2015
Monyet 22 Januari 2004 8 Februari 2016
Ayam 9 Februari 2005 28 Januari 2017
Anjing 29 Januari 2006 16 Februari 2018
Khinzir 18 Februari 2007 5 Februari 2019




Tujuan perayaan Tahun Baru Cina ialah untuk meraikan kejayaan setelah mengalahkan seekor binatang yang buas bernama ‘Nian’ ( Cerita asal-usul perayaan ). Selain itu, Tahun Baru Cina juga merupakan hari yang baik untuk memulakan hidup baru.

2. Latar Belakang
2.1 Sejarah / Asal Usul Perayaan
Menurut lagenda, pada zaman dahulu, Nian ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan atau dari bawah laut yang muncul pada setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api, dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guo nian, yang bermaksud “menyambut tahun baru” membawa harfiah “meredah raksasa Nian”.
2.2 Upacara dan Tempat Khusus Perayaan
Orang Cina biasanya akan berkumpul di rumah datuk, nenek, atau orang yang lebih tua dari mereka pada malam Tahun Baru. Ini bertujuan untuk makan bersama yang merupakan suatu adat pada Tahun Baru Cina.




3) Persiapan Sambutan Perayaan
3.1 Sebelum Perayaan
Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan in menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Ada orang yang akan mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah.
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini.
3.2 Semasa Perayaan
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia. Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga yang paling tua dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek dan moyang.





3.3 Selepas Perayaan
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari “membuka tahun” (kai nian) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.
Hari ketiga perayaan ini dipercayai sebagai hari yang tidak sesuai untuk mengunjungi saudara mara atas kepercayaan hari ini dikenali sebagai “mulut merah” (chi kou), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya duduk berdiam di rumah sahaja. Hari ketiga juga wajar dijadikan hari menziarahi kubur.
Di bahagian utara China, ladu dijadikan sarapan pada pagi “pecah lima” yang merupakan hari kelima Tahun Baru Cina. Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (ren ri), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina. Inilah harinya bila salad ikan mentah dilambung bersama dengan yee sang dan dimakan. Kaum sekeluarga
berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran.






Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan di tokong agama Tao. Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai “tahun baru” suku kaum Hokkien.
Hari kelima belas merupakan hari terakhir Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai (Yuanxiao jie) atau lebih dikenali sebagai Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Bergantung kepada amalan setempat, hari ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

3.4 Pantang-larang / Amalan Sampingan Perayaan
Terdapat juga beberapa pantang-larang semasa perayaan Tahun Baru Cina iaitu membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi “kasut” sama bunyinya dengan perkataan “kasar” atau “sukar”. Selain itu, mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan. Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
Seterusnya, membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi “buku” sebunyi dengan perkataan bagi “kalah”. Pakaian yang berwarna hitam juga dilarang untuk dipakai pada Tahun Baru Cina kerana dianggap akan membawa malang. Dilarang sama sekali juga menggunakan perkataan-perkataan kotor yang membawa maksud sial dan tidak baik. Menangis juga dilarang kerana dikhuatiri orang tersebut akan menangis sepanjang tahun.





Terdapat juga beberapa amalan sampingan yang dilakukan pada Tahun Baru Cina. Salah satu daripadanya ialah, pemberian Angpau. Pemberian Angpau bertujuan untuk mengucapkan selamat tahun baru serta memperoleh kekayaan dan nasib yang baik. Ia biasanya diberikan oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada golongan muda-mudi yang belum berkhawin.
Seterusnya merupakan mercun. Mercun dimainkan untuk menghalau makhluk jahat yang sering menganggu ketenteraman manusia selain menandakan musim perayaan yang tiba.
Selain daripada itu, pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang.
Limau juga adalah lambing kepada kegembiraan bagi masyarakat orang Cina. Mengikut kepercayaan, limau yang masih mempunyai daun terletak padanya membawa maksud hubungan erat dengan seseorang. Manakala bagi yang baru berkhawin, ia melambangakan hubungan perkhawinan yang terjalin akan mekar sehingga mendapat anak yang ramai.

Tarian Singa juga merupakan signifikan Tahun baru Cina. Tarian Singa adalah persembahan tarian yang penuh dengan kesenian dan menjadi simbol masyarakat Cina namun ia memakan masa latihan yang panjang sebelum seseorang itu mahir.

4. Kesan Perayaan
Tahun Baru Cina sama seperti Hari Natal di Eropah, untuk anggota keluarga berkumpul semula. Orang yang tinggal di tempat lain tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak dengan sedaya upaya berkumpul dengan keluarganya pada hari perayaan itu. Sambutan Tahun Baru Cina merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada.

Perayaan Tahun Baru Cina juga dapat memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Kaum-kaum lain yang tidak menyambut Tahun Baru Cina selalunya akan melawat atau dijemput hadir ke rumah rakan atau jiran mereka yang menyambut Tahun Baru Cina.
Selain itu, Tahun Baru Cina juga akan memberi kesan kepada industri pelancongan negara kita. Para pelancong yang dating untuk bercuti di Malaysia dapat melihat pelbagai perayaan tradisi yang disambut oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.
Tambahan pula, perayaan Tahun Baru Cina memberi peluang perniagaan kepada para peniaga untuk menjual alat-alat yang diperlukan untuk persiapan sambutan Tahun Baru Cina seperti mercun, tanglung, sampul merah ataupun angpau termasuklah juga bahan-bahan makanan yang digunakan ketika perayaan ini.
Akhirnya, tradisi-tradisi yang tersendiri seperti tarian singa dapat dikekalkan. Tradisi yang unik seperti ini juga dapat diwarisi dan diamalkan secara turun-temurun oleh generasi yang akan datang.






RUMUSAN
Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya telah saya dapat menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah 21/2 dalam tempoh masa yang ditetapkan. Saya memilih perayaan Tahun Baru Cina kerana saya ingin mengetahui tentang lebih mendalam lagi tentang perayaan ini. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.
Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah yang bertajuk Tahun Baru Cina, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi kaum yang terdapat di negara kita yang tercinta ini. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Selain itu, saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan perayaan tradisi ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing. Selepas menjalankan kerja kursus ini, saya juga dapat menguasai kemahiran berkomunikasi. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita perlulah menghormati amalan dan tradisi kaum lain untuk hidup dalam keadaan aman dan damai bak kata pepatah “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.
Di samping itu, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran, memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.
Konklusinya, kita boleh mengambil iktibar bahawa perpaduan di kalangan rakyat sesebuah negara adalah penting untuk pembangunan negara yang maju dan boleh berdaya saing di mata dunia.
LAMPIRAN
















RUJUKAN
Buku Ilmiah
Hashim Awang A.R., Zamree Abu Hasan, 2003. Traditional Festivals Of Asean. Jakarta: ASEAN Commmittee on Culture and Information.

Akhbar
Mingguan Malaysia, 14 Februari 2010, Halaman 14 & 15.

Majalah
Feng Shui World, Januari/Februari 2005, Halaman 28 & 29.
Feng Shui World, Januari/Februari 2008, Halaman 28, 29 & 30.

Orang Sumber
Tan Sai Gaik, 45 tahun, No. 35, Jalan Semarak 5B, Bandar Utama Batang Kali, 44300, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Internet
Tahun Baru Cina, http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina
Lembaga Peperiksaan Malaysia, http://moe.gov.my/PMR/Kerja Kursus Sejarah

2 comments:

  1. "Lihat, Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala, sebab itu hendaklah kamu cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati.

    ReplyDelete