Monday, May 3, 2010

Folio Geografi

SENARAI KANDUNGAN


Senarai Kandungan 0
Penghargaan 1
Pendahuluan 2
Objektif Kajian 3
Kawasan Kajian 4
Kaedah Kajian 7
Dapatan Kajian 8
Rumusan
Lampiran
Rujukan
Penilaian Umum


PENGHARGAAN


Saya Brian Arvind A/L Chandran ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya, iaitu Encik Chandran A/L Engadasamy dan Puan V. Lilly Benjamine A/P J. Victor Rock yang telah banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada saya. Selain itu, saya berterima kasih kepada guru geografi saya, Puan Che Norlia Binti Ramli kerana telah memberi bimbingan serta tunjuk ajar untuk saya menyempurnakan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih juga ingin saya tujukan kepada Cik Julaila Binti Ariffin kerana telah menyediakan kemudahan untuk saya menyempurnakan tugasan ini. Tidak lupa juga, kawan saya, Mohamad Nurasyraf Bin Kamal Bahri dan Muhamad Azharul Azhar Bin Khairi yang sudi berkerjasama dengan saya untuk membuat Kerja Kursus ini.





PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Amalan Kitar Semula. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang mempunyai amalan kitar semula.
Oleh sebab itu, saya memilih Taman Desa Hulu Yam Bharu kerana tempat ini merupakan tempat tinggal saya. Saya juga boleh mendapatkan maklumat dengan senang. Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan April sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.


OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan Kerja Kursus Geografi untuk memenuhi objektif berikut:
 Mengenal pasti konsep kitar semula.
 Mengenal Pasti jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula yang dijalankan di Taman Desa Ulu Yam Bharu.
 Mengkaji kepentingan amalan kitar semula yang dijalankan di Taman Desa Ulu Yam Bharu.
 Mengenal pasti masalah atau halangan amalan kitar semula di Taman Desa Ulu Yam Bharu.
 Mencadangkan langkah-langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar semula di Taman Desa Ulu Yam Bharu.
 Menerapkan nilai dan unsur patriotisme semasa menjalankan aktiviti kajian.









KAWASAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di Taman Desa Hulu Yam Bharu. Kawasan ini terletak dalam mukim Ulu Yam dan di daerah Hulu Selangor. Lokasi kawasan kajian ini terletak berhampiran dengan pekan Ulu Yam Bharu. Taman Desa Ulu yam Bharu juga terletak berdekatan dengan Bandar Kuala Kubu Bharu iaitu kira-kira 20 minit dari kawasan kajian. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke Bandar Rawang ialah RM 2.00 untuk perjalanan sehala yang mengambil masa 45 minit untuk sampai ke sana.
Taman Desa Hulu Yam Bharu mempunyai tanah subur (tanah pamah) yang rata dan ini menggalakkan pembinaan petempatan. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor perniagaan dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, dan profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta. Di sebelah barat daya kawasan kajian terletaknya Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu yang mempunyai pelajar seramai 800 orang. Manakala, di sebelah timur laut terdapat sebatang sungai iaitu Sungai Batang Kali. Di sebelah selatan kawasan kajian pula, kita dapat melihat hutan yang belum ditebang lagi.
Keluasan kawasan kajian ialah 4.95 kilometer persegi. Beberapa kilometer dari kawasan terdepat Pekan Kuala Kubu Bharu ( 28 km ), Rawang ( 32 km ) dan Kuala Lumpur ( 50 km ). Bilangan penduduk di kawasan kajian ialah kira-kira 4000 orang. Taman saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik. Di sini juga terdapat kawasan rekreasi yang baik seperti taman permainan dan padang awam.



















































KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperolehi maklumat yang diperlukan di dalam kajian ini.
Kaedah Pemerhatian
Saya telah membuat lawatan ke kawasan kajian. Di sana saya telah membuat pemerhatian berkaitan amalan kitar semula yang dijalankan di Taman Desa Ulu Yam Bharu.
Soal Selidik
Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada 20 orang responden di Taman Desa Ulu Yam Bharu. Saya telah dapatkan maklumat masalah dan cadangan mengatasi masalah amalan kitar semula. Sya juga telah berbincang dengan rakan dalam kumpulan mengenai maklumat yang diperoleh.
Kaedah Rujukan
Saya telah mencari dan mengumpul maklumat daripada buku-buku rujukan. Saya juga telah membuat rujukan di Perpustakaan Negara Malaysia dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat.
Temu Bual
Seterusnya, saya telah menemu bual 3 orang penduduk kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang amalan kitar semula. Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan Taman Desa Ulu Yam Bharu.
HASIL KAJIAN
8.1 Konsep Kitar Semula
Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Amalan kitar semula barang-barang terpakai diperkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan sumber, memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan pencemaran, dan mengurangkan pembaziran. Antara barang yang boleh dikitar semula termasuklah kertas, plastik, besi, aluminium dan getah. Barang seperti botol kaca boleh digunakan semula setelah melalui proses pembersihan.

8.2 Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula
Bahan kitar semula yang biasanya dibuang oleh penduduk di taman saya ialah kertas, plastik dan kaca.
Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk taman saya ialah menjual bahan-bahan kitar semula ini di pekan Batang Kali. Kebanyakan daripada penduduk Taman Desa Ulu Yam Bharu akan membawa sendiri bahan tersebut ke pusat memproses bahan kitar semula. Ini menunjukan bahawa alam sekitar merupakan tanggungjawab semua individu.
Terdapat juga penduduk taman yang menggunakan semula bahan kitar semula ini untuk menjimatkan perbelanjaan. Contohnya, digunakan untuk membuat keceriaan di dalam rumah, menggunakan kedua-dua helaian kertas dan membuat perhiasan rumah seperti bunga kertas dan pasu kaca yang telah dibersihkan. Hal ini dapat melindungi alam sekitar daripada sebarang ancaman.


Selain itu, terdapat penduduk taman yang sudi bekerjasama memberi sumbangan kepada pihak sekolah bahan-bahan kitar semula mereka untuk menambah pendapatan
Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) bagi menampung program-program pelajar di sekolah memandangkan bahan kitar semula mempunyai nilai ringgit yang tinggi di pasaran. Ini menujukan bahawa institusi sekolah juga mempunyai peranan untuk mejaga alam sekitar.
Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat penduduk yang cuba untuk mengurangkan penggunaan kertas, tisu dan kertas. Sebagai contoh terdapat penduduk yang tidak menggunakan plastik, polisterin ketika membungkus barang atau makanan. Kertas juga dijimatkan supaya tidak membazir begitu sahaja.
Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan seterusnya menambahkan pendapatan hasil jualan kitar semula.

8.3 Kepentingan Kitar Semula
1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita
Kita perlulah menghormati Alam atau Bumi ini yang telah banyak berjasa pada kita.Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Sudahnya di mana kita akan tinggal?



2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada
merebak. Pada masa yang sama, kita cuma mengakibatkan kerosakan yang minima pada alam sekitar. Kita bertanggungjawab untuk meninggalkan bumi dalam keadaan yang sama atau dalam keadaan yang lebih baik lagi untuk generasi yang akan dating.

3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita. Dalam cara ini, kita akan belajar yang ekonomi bukanlah segala-galanya kepada manusia seperti kita.
4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga
i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen.
ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.
iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.
iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.
Dengan amalan kitar semula ini ia akan dapat menerapkan unsur tanggungjawab dan sayangkan kepada negara seperti ungkapan negara bersih rakyat sihat.

8.4 Masalah / Halangan Amalan Kitar Semula
Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti.
1. Sikap
Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan menujukan bahawa manusia tidak mengambil berat tentang persekitaran kita.
2. Kurang Pengetahuan
Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampung yang membuang bahan kitar semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula. bagi mereka amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Mereka juga tidak mengetahui yang alam ini akan diwarisi oleh generasi yang akan datang. Jadi kita perlulah cintakan alam persekitaran kita.


3. Harga Terlalu Rendah
Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang rendah. Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 sen untuk 1 kilogram. Harga yang rendah menyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya kerana harga yang rendah dan tidak menguntungkan.
4. Kurang Pusat Pengumpulan.
Di kawasan Taman Desa Ulu Yam bharu tidak terdapat walaupun sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang tinggal di kawasan kajian kerana terpaksa pergi ke Batang Kali untuk menghantar barangan kitar semula. Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar semula yang dihantar oleh penduduk sahaja. Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil barangan kitar semula daripada penduduk taman.
5. Kurang Kerjasama
Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil kisah amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan tercapai atau terlaksana.
Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikan amalan kitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Mereka juga perlulah menerapkan unsur patriotisme seperti menghayati alam yang sangat indah ciptaan Tuhan. Amalan ini dapat menyelamatkan negara kita daripada mengalamai kemusnahan sumber-sumber.

8.5 Langkah / Cadangan Mengatasi Masalah Melaksanakan
Amalan Kitar Semula
Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah atau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Langkah tersebut ialah seperti :-

1. Kempen
Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan untuk mengamalkan amalan kitar semula. kempen dan program yang dilaksanakan ini dapat memberi keinsafan kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan.
2. Pendidikan
Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada musnah. Guru juga boleh mengadakan pertandingan seperti pertandingan melukis poster, bersajak dan berpuisi di sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar semula dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan tersebut.
3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan.
Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula bagi menarik penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting supaya penduduk lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula sesuka hati. Ini dapat mengelakkan daripada pembaziran.
Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi yang strategik bagi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang betul.
4. Gotong Royong
Penduduk taman boleh juga bersama-sama bergotong royong untuk membersihkan kawasan taman. Pastikan penduduk kampung mengumpulkan bahan kitar semula ini dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Penghulu memainkan peranan yang penting supaya penduduk bekerjasama mengamalkan amalan kitar semula ini.
5. Menubuhkan Kelab Pencinta Alam
Selain itu, sekolah juga berperanan untuk menubuhkan kelab pencinta alam sekitar untuk memupuk kesedaran di kalangan pelajar sekolah bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Akhirnya , semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan amalan kitar semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga bumi ini daripada terus mengalami kemusnahan. Membuang bahan pencemar di tempat orang lain adalah seumpama kita meracuni orang yang mendiami tempat di mana kita membuang bahan pencemar itu.






Kaum
Cara Melayu Cina India
Tidak Mengitar Semula
Mengitar Semula





















RUMUSAN

Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai di kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya kita mengamalkan kitar semula, banyak hutan dapat diselamatkan daripada ditebang. Kita juga akan berbangga sebagai rakyat Malaysia jika negara kita dicontohi oleh negara lain kerana kita menjagai alam kita. Alam sekitar pula dapat terpelihara daripada sebarang ancaman dan bahaya. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu ada dalam setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk mengamalkan amalan kitar semula mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.


















Lampiran














Rujukan

Buku Teks
Abdul Rahim Md Nor, 2004. Geografi Tingkatan 3. Selangor Darul Ehsan: Cerdik Publications Sdn. Bhd
Chong Mui Seng, 2002. Geografi Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Buku Rujukan
Piara Singh, 2005. Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5. Petaling Jaya: Pearson Malay Sdn. Bhd.
Tong Siew Kheng, 2006. Ulangkaji Total Terkini PMR Geografi Tingakatan 1,2 dan 3. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Internet
Blogspot, http://smkpenghulusaad.wordpress.com.my
Kitar Semula, http://ms.wikipedia.org/wiki/Alam Sekitar/Kitar Semula
Lembaga Peperiksaan Malaysia, http://moe.gov.my/PMR/Kerja Kursus Geografi 2010

Majalah
Era Hijau, Keluaran No.1-2006, Halaman 4 & 5
Era Hijau, Keluaran No.4-2006, Halaman 11, 12 & 13

15 comments:

  1. Hey, thanks for uploading the Geography Project :-)What you uploaded really does help me a lot. Keep it up :7) Have a nice day, my friend!

    ReplyDelete
  2. thnks 2 u dude!!!!u r helping me already to complete my job...
    MAMAT 3p1

    ReplyDelete
  3. fuhh!!!tq man because help me finish my folio.

    ReplyDelete
  4. YES.
    I LIKE TO HELF MY FRIENDS

    ReplyDelete
  5. =w="" brian tenkiuuuu....but...ade yg missing from this thing x??

    ReplyDelete
  6. Hello :) , Thanks a lot for uploading the Geography Project. I appreciate it so much, that it helps me a lot along the way I'm working on this project. Thank you ! :DD

    ReplyDelete
  7. Hey, thanks a lot!!!

    ReplyDelete
  8. Brian, what r the missing things in here? btw, thanks A LOT

    ReplyDelete
  9. where goes ur lampiran?? btw..thnx for this folio example!!

    ReplyDelete
  10. penilaian umum x yah buat kah?

    ReplyDelete
  11. yo bro thanks i do appreciate it so much

    ReplyDelete
  12. nice la brian thank you so much.

    ReplyDelete